Ikuti MATRI di Facebook
MATRI kini telah melancarkan laman Facebooknya di alam maya, bagi memudahkan pengguna-penguna facebook mengikuti perkembangan terkini MATRI dengan lebih pantas. Facebook MATRI ditadbir dan dikemaskinikan oleh guru-guru MATRI. Semoga dengan pelancaran Facebook MATRI ini, akan memudahkan lagi komunikasi diantara Warga MATRI dan masyarakat.
Gangguan teknikal laman web MATRI
Adalah dimaklumkan, laman web MATRI mengalami sedikit gangguan mulai kelmarin, 26 Disember 2011. Gangguan tersebut kini sedang cuba diatasi oleh pihak MATRI. Pihak MATRI memohon maaf diatas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan/puan.
Keputusan Pemilihan Tingkatan 1 Sesi 2012
MATRI telah menerima sebanyak 305 permohonan kemasukan ke Tingkatan 1, manakala bilangan tempat yang mampu disediakan oleh MATRI untuk pelajar Tingkatan 1 bagi sesi 2012 cuma terhad kepada 170 orang pelajar sahaja.
Bagaimana menghayati Islam
Keutamaan Majlis Zikrullah (ilmu):
“Rasulullah saw datang kepada sahabat dan bertanya: ‘Apa sebab kamu duduk? ’Kami berzikir dan memuji Allah atas hidayah Islam diberikan kpd kami ’ Beliau bersabda: ’Demi Allah, hanya untuk itu kamu duduk?












