Module for Joomla by best online poker sites. We at BPSR support joomla projects.

Kenyataan Rasmi Berhubung Kejadian Lawatan Ke Ladang Tebu dan Kilang Gula

Kematian adalah suatu kepastian bagi setiap yang bernyawa.

Bagi yang masih hidup, pengakhiran seorang insan hanya terbahagi kepada dua, iaitu husnul khatimah ataupun su'ul khatimah. Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi tadi, MATRI telah kehilangan tiga butir permata yang amat berharga didalam perjalanan hidup mereka demi memartabatkan ilmu ke tahap yang Allah kehendaki. Kejadian yang berlaku pada pagi ini melibatkan lapan orang pelajar MATRI dan seorang bapa angkat pelajar semestinya termasuk dalam ilmu dan hikmah Allah Taala.

Kumpulan pelajar yang mengikuti program Bapa Angkat yang dianjurkan oleh pihak MATRI sedang dalam perjalanan pulang dari melawat Ladang Tebu dan Kilang Gula di Chuping, Perlis untuk kajian tugasan tempatan. Bapa Angkat tersebut iaitu Allahyarham Hj Shahidan bin Ali yang juga merupakan suami kepada guru MATRI, Cikgu Nor Asmah binti Omar, merupakan salah seorang bekas kakitangan Kilang Gula. Hujan lebat yang berterusan semenjak semalam telah melembutkan tanah, menyebabkan sebatang pohon besar yang rendang ditepi jalan telah terbalik dan menghempap kenderaan mereka yang sedang bergerak perlahan disebabkan hujan lebat. Allahyarham Ahmad Izzat bin Ismail dan Allahyarham Hj Shahidan bin Ali yang berada di bahagian hadapan bersama dengan Allahyarham Hazman Bakhtiar bin Sharizan yang duduk dibelakang pemandu telah dihimpit teruk oleh bumbung kenderaan tersebut dan meninggal ditempat kejadian.

Muhamad Ahnaf bin Anissofian yang cedera telah dimasukkan ke Unit Kecemasan manakala 5 pelajar lain yang cedera ringan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar. Menjelang petang tadi, kesemua 6 pelajar tersebut telah dibenarkan pulang. Kesemua jenazah akan disolatkan di Dewan Musolla MATRI selepas Maghrib atau Isya', bergantung kepada perlepasan oleh pihak hospital. Jenazah Allahyarham Hj Shahidan bin Ali  akan disemadikan di Beseri, Perlis, manakala Allahyarham Ahmad Izzat b Ismail dan Allahyarham Hazman Bakhtiar bin Sharizan akan disemadikan di Pulau Pinang dan Kulim.

Link berita : http://www.sinarharian.com.my/bterkini/14071.asp

matri16.png
matri24.png
26-12-2011
Permohonan & Pendaftaran Ting 4 Sesi 2012
Permohonan & Pendaftaran Ting 4 Sesi 2012

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 bagi... Read more

22-12-2011
Keputusan Peperiksaan PMR 2011
Keputusan Peperiksaan PMR 2011

Sila semak keputusan mengikut kelas masing-masing.   Read more

13-12-2011
Keputusan Pemilihan Tingkatan 1 Sesi 2012
Keputusan Pemilihan Tingkatan 1 Sesi 2012

Sila pilih mengikut negeri berdasarkan alamat... Read more

12-12-2011
Panduan Pendaftaran Tingkatan 1
Panduan Pendaftaran Tingkatan 1

Bagi pemohon yang berjaya, sila serahkan... Read more

09-12-2011
Ingin menyumbang artikel ke web MATRI?
Ingin menyumbang artikel ke web MATRI?

Anda seorang penulis? Mempunyai pandangan yang... Read more

08-12-2011
Semakan Peperiksaan Akhir Tahun 2011
Semakan Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Untuk menyemak markah di ruangan ini,... Read more

Copyright 2012. Joomla 2.5 Templates. Unit ICT MATRI