Module for Joomla by best online poker sites. We at BPSR support joomla projects.

Latar Belakang

MATRI atau nama penuhnya, Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah, adalah sebuah institusi pendidikan Islam yang didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis sebagai sebuah sekolah antarabangsa dan sekolah swasta.

MATRI membawa syiar "Ulama' Pewaris Nabi" dengan bermatlamatkan untuk menyediakan ilmu Islam secara meluas dan teratur hingga mampu memahami kitab Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW dan kitab-kitab berbahasa Arab, disamping mendidik dengan sistem tarbiyah Islam yang sempurna melalui beberapa aktiviti, dengan harapan dapat melahirkan pendakwah dan pemimpin yang bersahsiah Islam dan berwibawa dalam pelbagai bidang dengan memiliki ilmu syara dan ilmu-ilmu semasa. Mereka juga akan menjadi anggota masyarakat yang iltizam dengan ajaran Islam serta melaksana dan meneruskan kerja-kerja Islam yang diamanahkan oleh Allah SWT.

Ma'had ini yang terletak di Perkampungan Tunjung, Beseri, Perlis ini telah diasaskan oleh Al-Fadhil Dato' Dahlan bin Mohd. Zain dan mula beroperasi pada 2 haribulan Ogos 1987 bersamaan 17 haribulan Zulhijjah 1407H. Bermula dengan 17 orang pelajar (8 lelaki dan 9 perempuan) dan sekarang MATRI mempunyai lebih daripada 66 orang guru dan kakitangan serta lebih 800 orang pelajar. MATRI menyediakan sistem pendidikan Islam melalui saluran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Peringkat Khas Pra Universiti dengan penekanan dalam matapelajaran Agama Islam dan Bahasa Arab.

Dari segi perjalanannya, MATRI pada mulanya didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) pada 8 haribulan April 1990 dan rujukan pendaftaran: JAIPs-AM-1/8/(8), juga pada masa yang sama telah didaftarkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNPs) dan mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Ogos 1994 dengan No. Pendaftaran: JPPs. 24/98. MATRI juga pada hari ini telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sekolah antarabangsa (International School) No. Rujukan kelulusan: KP (JPS) 5181/20/01/Jld.2(47).

MATRI berwawasan untuk membangun dan berkembang hingga menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam pelbagai bidang ilmu seperti Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Usuludin dan Syariah serta sains dan teknologi.

 

matri3.png
matri16.png
Copyright 2012. Joomla 2.5 Templates. Unit ICT MATRI