Module for Joomla by best online poker sites. We at BPSR support joomla projects.

Latar Belakang Yayasan MATRI

Hasil daripada sambutan yang diterima masyarakat, perkembangan dan kemajuan MATRI amat memberangsangkan. Bilangan pelajar semakin bertambah dari setahun ke setahun, tapak kampus perlu diperluaskan, bangunan-bangunan baru perlu didirikan, alat perkakas bantuan pelajaran dan pengajaran (P&P) perlu ditambah, manakala pelajar-pelajar miskin dan anggota masyarakat setempat yang tidak mampu juga perlu dibantu. Dengan perkembangan ini, maka Lembaga Tadbir MATRI memutuskan untuk menubuhkan satu institusi kewangan yang kukuh bagi menangani keperluan di atas.

Sejajar dengan hasrat tersebut, Yayasan MATRI telah ditubuhkan dengan permohonannya telah diajukan kepada Jabatan Perdana Menteri pada 1 September 1998. Pada 20 November 2000, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah meluluskan pelepasan cukai kepada Yayasan MATRI untuk mengutip derma daripada orang ramai dan kemudiannya menyalurkan derma tersebut kepada pihak yang memerlukannya.

Nombor perlepasan cukai: LHDN.01/35/42/51/179/-6.4903.

Copyright 2012. Joomla 2.5 Templates. Unit ICT MATRI