Artikel Terkini di MATRI

Sistem Pendidikan

MATRI menyediakan sistem pendidikan Islam melalui saluran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Peringkat Khas Pra Universiti dengan penekanan dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. 3 peringkat pengajian yang dijalankan ialah:

i- Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)

Peringkat ini adalah bagi calon lepasan UPSR dengan kelulusan sekurang-kurangnya 3A2B. Program pengajian ini dijalankan berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pakej matapelajaran yang ditawarkan ialah:

ii- Menengah Atas (Tingkatan 4-5)

Pada peringkat ini, 2 aliran ditawarkan iaitu Sains Tulen dan Sastera bagi pelajar lepasan PT3. Pakej matapelajaran yang ditawarkan ialah:

Sistem pengajian yang dijalankan di MATRI adalah selari sepenuhnya dengan sistem pendidikan arus perdana negara iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

iii- Marhalah Khassah (Tingkatan 6/Pra-Universiti)

Peringkat ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Syahadah MATRI bagi calon-calon lepasan SPM untuk tempoh pengajian selama 2 tahun.

Pakej bagi matapelajaran STAM adalah seperti berikut:

Bagi Syahahdah MATRI, pula ditambah matapelajaran berikut: