Artikel Terkini di MATRI

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA MATRI DAN HATYAI WITTAYAKARN SCHOOL (HWKS)

2 November 2023 - MATRI melakar sejarah hari ini dengan mengadakan Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan HATYAI WITTAYAKARN SCHOOL (HWKS) atau dikenali sebagai Sekolah Agama Hatyai, Thailand.

Majlis turut meraikan program pertukaran 2 orang pelajar HWKS yang akan berada di MATRI selama 2 minggu.

MOU ditandatangani oleh Ustaz Yusuf Kaekpong selaku Pengetua dan disaksikan oleh Ustaz Abdul Hadi Osman selaku Penasihat dan Cikgu Gazali Abdullah selaku wakil ALP MATRI.

Pengetua MATRI, Puan Nasitah Ibrahim melahirkan rasa sukacita dan mengharapkan MOU yang ditandatangan akan membuahkan kerjasama yang dalam pelbagai bidang bagi manfaat kedua dua sekolah.

23456789101112131415161718