Pengenalan

Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) ditubuhkan pada 3 Zulhijjah 1408 bersamaan 29 Julai 1987. Sebagai sebuah institusi pendidikan Islam, MATRI terletak di Perkampungan Tunjung, Beseri, Perlis dengan keluasan 16.5 ekar. Lokasinya yang unik amat sesuai untuk aktiviti pembelajaran iaitu terletak di lereng Bukit Tunjung dengan landskap sekeliling yang menghijau lagi harmoni, dikelilingi oleh rumah-rumah pennduduk Perkampungan Tunjung yang tersusun indah.

Ma'had ini telah diasaskan oleh Allahyarham Al-Fadhil Dato Kaya Bakti Ustaz Dahlan bin Mohd Zain dan mula beroperasi pada 2 Ogos 1987 bersamaan dengan 7 Zulhijjah 1470H. Pengajiannya bermula dengan 17 orang pelajar (8 lelaki dan 9 perempuan) peringkat Marhalah Khassas (Pra- Universiti). Kini, MATRI mempunyai lebih daripada 65 orang tenaga kerja (guru dan kakitangan sokongan) serta lebih 830 orang pelajar.

Sebagai sebuah institusi pendidikan Islam, MATRI telah didaftarkan dengan:

Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) pada 8 April 1990 (JAIPs-AM-1/8/(8))
Jabatan Pelajaran Negeri Perlis - mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Ogos 1994 (No. Pendaftaran : JPPs 24/98)

Pada 6 April 2003, MATRI telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengambil pelajar antarabangsa (No. Rujukan Kelulusan: KP(JPS)5181/20/10/Jld.2(47). 

Hebahan

 

 

 

 

 

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2

 

TARIKH : 17 MAC 2017

MAKLUMAT LANJUT AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI WHATSAPP GROUP IBU BAPA/GURU KELAS

 

TUISYEN MATRI

PENDAFTARAN TINGKATAN 3 DAN 5 TELAH DI BUKA SEKARANG. PELAJAR BOLEH BERDAFTAR DENGAN BAYARAN RM20.

BAGI TINGKATAN 1, 2, DAN 4, PENDAFTARAN AKAN DI BUKA SELEPAS RAYA CINA.

MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG TUISYEN AKAN DIMAKLUMKAN DALAM SURAT DAN DIKIRIM MELALUI PELAJAR SEMASA PULANG BERCUTI RAYA CINA.

MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI DAN 'WHATSAPP' CIKGU AZLINA 012-582 8617.

TERIMA KASIH.

Video MATRI

SPM

07.11.2016

STAM

17.10.2016

PT3

11.10.2016

Waktu Solat