MATRI membawa syiar "Ulama' Pewaris Nabi" dengan bermatlamatkan:
1. Memberi pendidikan Islam secara meluas dan teratur kepada pelajar-pelajarnya.
2. Memeberi pengetahuan Bahasa Arab hingga ke peringkat membolehkan pelajar-pelajar memahami kandungan kitab suci al-Qur'an dan as-Sunnah an-Nabawiyah dan kitab-kitab Ilmu yang berbahasa Arab.
3. Mendidik pelajar-pelajar dengan didikan Islam yang sempurna dan menyeluruh melalui proses-proses yang disediakan.
4. Melahirkan Muslim dan Muslimah yang multazim (komited) dengan ajaran dan akhlak Islam dalam kehidupan seharian mereka.
5. Melaksanakan dan meneruskan kerja-kerja Islam yang diamanahkan oleh Allah. S.W.T.